Ketika ‘trailer’ filem ini ditayangkan di pawagam, terdetik di hati filem ini memang diakui seram. Akan tetapi sangkaan kami di Hangat.com sedikit meleset kerana jangkaan ini bakal ditayangkan dalam masa terdekat ketika itu namun ianya akan ditayangkan terlebih dahulu di Indonesia dan diikuti Malaysia.

Kutipan Sebanyak 4 Juta

Filem yang kami nantikan tersebut adalah sebuah filem seram ‘remake’ Indonesia yang berjudul Pengabdi Setan. Sehingga hari ini, filem arahan Joko Anwar itu telah berjaya mengutip kutipan sebanyak 4 Juta.

Filem tersebut bukan sahaja merampas takhta filem seram paling laris dari Danur : I Can See Ghosts malah turut berjaya menempatkan kedudukannya di tangga keempat sebagai kutipan filem terbanyak dalam industri perfileman Indonesia.

Membariskan Pelakon Malaysia

Antara kejayaan filem ini sudah pasti datangnya dari para pelakonnya. Filem ini membariskan pelakon – pelakon terkenal Indonesia seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Endy Arfian, Ayu Laksmi dan Elly D. Luthan.

Lebih membanggakan lagi, filem box – office ini turut menampilkan seorang pelakon Malaysia, Bront Palarae yang memegang watak Bapak yang juga salah satu watak utama filem ini.

Sinopsis

Filem Pengabdi Setan ini mencetitakan mengeani sebuah keluarga yang kematian ibu mereka setelah bertahun -tahun menderita kesakitan. Untuk membantu menguruskan hal rumah mereka, seorang pembantu rumah telah datang untuk bekerja.

Namun tidak lama selepas pemergian ibu mereka.pelbagai perkara aneh dan mistik mula dialami oleh mereka sehingga menyebabkan tidak tahan dengan usikan tersebut. Bagaimana pula kutipan filem ini di Malaysia? Adakah akan turut mendominasi Box-Office? Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran bermula 23 November ini.