Makan malam yang jarang dilakukan oleh chef seksi Farah Quinn. Jika kebanyakan orang makan malam dengan menu yang lazat, tidak pada Farah Quinn. Dia memilih menu makanan ekstrem iaitu sperma ikan.

“How about some fish sperm for dinner (bagaimana kalau makan malamnya sperma ikan)?” tulis Farah pada video yang dimuatnaik ke Instagram Story.

Shirako adalah menu makanan iaitu sperma ikan. Dalam video tersebut, menu sperma ikan itu berbentuk panjang dan berlipat seperti usus lembu. Sperma itu nampaknya disajikan  dengan kuah kaldu dengan irisan daun bawang.

“Tonight’s dinner, shirako (makan malam kali ini, shirako),” kata Farah dalam videonya.

Bagaimana rasanya?

It’s a fish sperm. Yum! Doesn’t it look tasty (ini sperma ikan. Enak! Kelihatannya enak, kan)?” ucapnya.

Namun, mungkin tidak mahu peminatnya rasa selesa, Farah Quinn tak menunjukkan dalam video dia memakan sperma ikan itu.

BACA  Dikecam Netizen! Aliff Syukri Bertegas Suara Tidak Guna 'Auto-Tune'