Nama Idris Khan antara yang disebut-sebut sebagai pelakon lelaki yang popular pada tahun ini. Manakan tidak hampir setiap drama yang dilakonkannya pasti ‘meletup’.

Idris Khan Nafi Hamilkan Wanita

Pelakon Lelaki Popular Hamilkan Kekasih Anak Luar Nikah

Masih ingat dengan artikel kami yang lepas mengenai seorang wanita yang mengaku hamil anak luar nikah kepada seorang pelakon lelaki poplar.

Ekoran itu, Idris telah dituduh bahawa beliau adalah lelaki tersebut. Tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut, sebaliknya lebih kepada sifat terbuka dan menafikan bahawa beliau adalah pelakon yang dimaksudkan.

“Siapa agaknya yang dimaksudkan itu? Saya pun nak tahu juga. Rasanya kalau betul aktor itu diri saya, memang sahih saya dan bakal isteri tidak jadi berkahwin. Apa pun, kami rancak mengatur persiapan pernikahan awal tahun depan”

Sibuk Uruskan Perkahwinan

Dalam perkembangan lain, Idris kini sedang sibuk uruskan persiapan majlis perkahwinan beliau dengan seorang gadis dari Maghribi yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan. Selain itu, Idris juga bakal memulakan perusahaan bisnes jagung bijirin di Pahang tak lama lagi. Apa pun kami di Hangat.com mendoakan yang terbaik buat Idris dan pasangan.

Sumber BH Online