Jarang-jarang bagi sesuatu organisasi yang menyambut ulangtahun mereka lain daripada yang lain. Itulah yang dilakukan oleh Ayam Brands yang menyambut ulangtahun ke 125 tahun dengan membuat sesuatu yang cukup unik dan menarik.

Produk Ayam Brand Di Ketinggian 29,000 meter

Ayam Brand telah mengadakan perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand melibatkan empat belon altitud tinggi dengan rig khas dilepaskan bersama empat produk terkemuka Ayam Brand iaitu Sardin Dalam Sos Tomato; Tuna Cili; Kacang Panggang dan Santan.

Tujuan perlumbaan ini ialah untuk mengetahui yang mana antara produk-produk klasik Ayam Brand akan berjaya sampai ke altitud tertinggi terlebih dahulu dan dalam masa sama memberikan jutaan pengguna Ayam Brand pemandangan udara rantau ini yang menakjubkan.

Bagi menyaksikan sejarah baru Ayam Brand, mereka telah berkongsi video altitud tinggi yang dirakamkan di Kahang, Johor di Malaysia. Video-video berkenaan diambil dari ketinggian 29,000 meter dari aras laut membolehkan permandangan menakjubkan kawasan serantau yang meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia dirakamkan.

Hadiah RM 53,000 Untuk Dimenangi

Sempena dengan ulangtahun ayam brands, Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini akan dilangsungkan bermula 20 November hingga 1 Disember 2017 dan peserta yang berminat boleh mendaftar di laman web Ayam Brand untuk menyertainya.

Para peserta dikehendaki menonton dua video pendek daripada belon-belon berkenaan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang mana satu antara kedua-dua belon itu yang sampai dahulu ke ketinggian 12,000 meter; yang mana satu terbang paling tinggi; satu soalan mengenai Ayam Brand dan mengarang satu slogan untuk jenama berkenaan sebagai penentu kemenangan.

Pertandingan ini akan diadakan serentak di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia, China, Jepun dan Perancis. Untuk Malaysia, sejumlah 1,000 hadiah Ayam Brand dan 5 gogel VR ditawarkan sebagai hadiah yang mana jumlah keseluruhan hadiah-hadiah ini adalah RM53,000!

Para pemenang bertuah yang memenangi gogel VR berkenaan akan dapar menyaksikan rakaman Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand dalam paparan 360 darjah untuk pengalaman yang mengujakan.