Ketika netizen masih lagi hangat memperkatakan mengenai video Shila Amzah yang tular kerana beliau dikatakan seperti berlagak bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan loghat tertentu, Hangat.com tertarik untuk tampilkan 2 lagi individu yang juga tular berdasarkan kebolehan mereka bercakap dalam dialek tertentu.

1. Arieff Yong

Nama Arieff Yong mula diperkatakan sejak hujung tahun lepas kerana beliau bukan sahaja berkebolehan bercakap dalam beberapa loghat Inggeris dengan begitu fasih, malah turut boleh bercakap dalam beberapa loghat popular di dunia seperti India, Filipina, China dan banyak lagi.

Untuk anda yang tidak tahu, Arieff merupakan seorang pramugara di syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

BACA  "Mungkin Tahun Hadapan"- Elly Mazlein Beri Bayangan Akhiri Status Ibu Tunggal

2. King Coco

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan gerangan empunya nama, King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail. Nama King Coco mula jadi sebutan apabila tularnya video-video beliau yang bercakap seperti ‘mat saleh’.

kui bukannya sengaja, sememangnya beliau sejak dari kecil bercakap seperti itu. Kerana tularnya video- video beliau, kini King Coco antara selebriti media sosial yang terkenal di Malaysia.

3. Puteri Balqis

Cukup berbakat! Jika anda melihat lakonan pelakon cilik ini pasti anda tidak sangka bahawa Balqis juga fasih berbahasa Inggeris.

Malah jika anda amati beliau menggunakan loghat British untuk berturut dimana-mana lazimnya digunakan oleh mereka yang bekerja di sektor proffesional.