Semalam, 22 November kejutan yang dinanti-nantikan oleh peminat Siti Nordiana dan Zoey Rahman akhirnya didedahkan oleh mereka berdua di laman Instagram masing – masing yang diadakan secara lintas langsung pada jam 9 malam tadi.

Nafi Berkahwin, Usahakan Perniagaan Bersama

Sebelum ini Hangat.com ada menyiarkan kisah dimana peminat turut tertanya – tanya kejutan apakah yang bakal diumumkan mereka berdua. Secara kebetulan, semalam juga adalah Hari Lahir Siti Nordiana.

Ada yang berfikir mereka akan mengumumkan tarikh perkahwinan kerana kedua-duanya sedang berkawan rapat, dan tidak kurang juga yang meneka secara tepat kerana ternyata kejutan yang dimaksudkan oleh Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana dan Zoey itu adalah mereka kini telah berkolaborasi untuk mengusahakan perniagaan mereka bersama.

Zoey menerusi produk perniagaannya, Mika Series manakala Nana pula menampilkan perniagaan gincunya, SND Lipstick di kedai atas talian mereka, Kedai Ketuk Pintu

Hanya Berkawan Baik

Ternyata kejutan yang diumumkan mereka sedikit sebanyak turut mengecewakan segelintir peminat yang menyangkakan mereka akan mengumumkan khabar gembira mengenai hubungan mereka. Walaubagaimanapun, para peminat turut mendoakan yang terbaik untuk Nana dan Zoey. Tahniah diucapkan!