Selepas menonton filem Justice League, kami di Hangat.com akui watak Batman di dalam filem tersebut agak sedikit hambar dan seperti hanya ‘memeriahkan filem’ sahaja dan turut diperakui oleh rata-rata mereka yang menonton filem ini.

Ben Affleck Buat Hal, Bakal Diganti

Lebih mengejutkan filem yang dijangka akan Box-Office ini juga tidak menepati sasaran dipercayai terdapat konflik dalaman antara produksi dan pelakon yang memegang watak Batman, Ben Affleck. Menerusi laporan Warner Bros, pihak mereka tidak akan teragak-agak untuk menyingkir nama Ben dalam francais filem DC akan datang ekoran daripada laporan mengatakan Ben langsung tidak muncul ketika acara San Diego Comic Con diadakan.

BACA  Koleksi Gambar Lama Ini Buktikan Lady Gaga Memang Cantik Sejak Remaja

Tambah sumber ketika ditanya mengenai filem Batman Dark Knight, Ben hanya menjawab ‘sesuatu yang saya masih fikirkan’ dan turut menambah ‘saya tidak akan buat untuk selamanya jadi saya pastikan saya akan buat yang terbaik.’

Justice League, Batman Terakhir Buat Ben

Dalam sumber lain pula, spekulasi turut mengaitkan bahawa Justice League adalah filem terakhir peminat dapat melihat Ben Affleck menyarung kostum Batman dan filem-filem seterusnya sudah pastinya bakal digantikan dengan pelakon yang lebih sesuai. Antara pilihan utama pengarah, Matt Revees ialah Jake Gyllenhaal.

Dari segi perwatakan dan raut wajah, Hangat.com percaya Jake adalah calon yang sesuai sebagai Batman. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Jake pernah menghadiri uji bakat tetapi gagal kerana Christian Bale terlebih dahulu berjaya mendapat watak Batman pada filem sebelum ini. Mungkihkah Matt Revess bakal memilih senarai pelakon yang pernah memegang watak Batman? Jika ya, selamat tinggal Ben Batman!

BACA  Syazwan Zulkifly Temui Jawapan Kenapa Kena Gam Dengan Astro

Sumber Hindustan Time via Wanista