Jom Menang Tiket Tayangan Perdana Filem Wonder

65

WONDER adalah sebuah filem berkonsepkan kekeluargaan yang terbaru pada 2017, yang berasal dari Amerika. Filem ini diarahkan oleh seorang pengarah bernama Stephen Chbosky. Filem ini diadaptasi berdasarkan novel karya dari R.J. Palacio. Penerbit bagi filem ini ialah Michael Beugg, David Hoberman, Dan Clarke, Michael Paseornek, Todd Lieberman, dan Alexander Young.

Filem ini dibintangi oleh Julia Roberts berperanan sebagai Isabel Pullman, Owen Wilson pula berperanan sebagai Nate Pullman. Pelakon lain seperti Mandy Patinkin, Jacob Tremblay, Sonia Braga, Daveed Diggs, Ali Liebert dan ramai lagi.

Filem ini menceritakan tentang seorang anak lelaki yang dilahirkan dalam kondisi wajah yang cacat. Dirinya ditakdirkan untuk menjadi kelainan upaya dan dirinya berusaha untuk membuat semua orang mengerti, bahawa dirinya seperti seperti dengan anak lainnya, hanya dirinya tidak mempunyai keindahan wajah seperti anak anak pada umumnya.

Wonder adalah cerita dari buku fiksyen yang diilhamkan oleh kisah sebenar. Filem ini menunjukkan perjuangan sebenar yang kebanyakan keluarga yang mempunyai anak-anak dengan keadaan kraniofacial. Bagi Hangat.com, filem ini sangat berinspirasi yang sesuai untuk peringkat usia.

Berita baik buat pembaca setia Hangat, kami dengan sukacitanya ingin mencari pembaca bertuah untuk menerima tiket filem istimewa tayangan pratonton filem ini. Tayangan Pratonton filem ini hanya boleh ditonton pada 5 Disember 2017 di TGV, One Utama pada jam 9 malam. Menarik bukan?

Anda hanya perlu selfie bersama teman tersayang dan sertakan slogan ini

Filem ini sangat menarik kerana.. (Slogan terbaik akan dipilih)

Kongsikan di Facebook atau Instagram dengan tag @hangatmalaysia juga Hashtag #wonder. Pemenang akan dimaklum terus melalui FB Mesej atau DM Instagram.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selfie bersama teman, kekasih, ibu atau orang yang tersayang dan kongsikan pada kami Facebook atau Instagram dengan tag @hangatmalaysia juga Hashtag #wonder
  • Anda dikehendaki sertakan kapsyen “Jom tonton wayang percuma bersama Hangat.com” .
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 4 Disember 2017.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di TGV, One Utama, bermula jam 8.00 malam.