Nama Dato Fadzaruddin Anuar dan Datin Vivy Yusof sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi. Bergelar usahawan muda yang terkenal, kisah Fadza dan Vivy diakui banyak memberi inspirasi kepada belia – belia di Malaysia.

Anak Warisi Kebijaksanaan Fadza Dan Vivy

Incase you missed it, kami di Hangat.com pernah menyiarkan kisah kehidupan kedua – dua personaliti yang dikenali sebagai individu yang bijaksana dan rendah diri. Nampaknya kebijaksaan itu telah diwarisi oleh anak – anak mereka, Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.

Terbaru, menerusi perkongsian Vivy di Instagram dan YouTube beliau yang memuat naik video mereka sekeluarga bermain sebuah permainan minda telah tular di media sosial.

BACA  Vivy Yusof Dikecam Gara-gara Cium Mulut Ketika Sambut Tahun Baru

Manakan tidak, melihat kebijaksanaan Daniel meneka nama binatang yang jarang didengari bukan sahaja mengejutkan ibubapanya malah pengikut di Instagram turut mengaguminya. So cute!

Individu Berpengaruh

Terdahulu, kisah yang mengagumkan mengenai ibubapa kepada dua cahaya mata ini tidak terhenti disitu sahaja. Menerusi Tatler Malaysia, Fadza Anuar dan Vivy Yusof tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia. Sememangya kami sangat kagumi dengan kisah mereka. Teruskan memberi inspirasi Fadza dan Vivy!

BACA  Mishall Imani - Permaisuri Terbaharu Dalam Hidup Nabil Ahmad