Tahniah team Hangat.com ucapkan kepada pasangan romantis Norman Hakim dan Memey Suhaiza apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Kejutan Buat Norman

Pengumuman khabar gembira secara rasminya telah dikongsi Norman di Instagram miliknya sebentar tadi dan begitu teruja menerima perkhabaran tersebut. Tambah Norman, ini merupakan satu kejutan untuknya dan dia merupakan individu terakhir mengetahui mengenai kehamilan isterinya.

“Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu, mama Abby Abadi, abah Jai Ezzany dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.They just kept it as a surprise. Memang mummy Memey Suhaiza nak tunggu masa Jumaat untuk beritahu tentang kehamilan ini,”

5 Khabar Gembira Norman Sekeluarga

Dalam perkembangan lain, Norman turut berkongsi 5 khabar gembira sebelum ini dengan memberi petunjuk kepada peminat – peminatnya.

“Jeng..!Jeng..!!! Recap: 1 Disember 2017; Hari yang serba indah,Maha Besar nikmat Allah s.w.t.Antara peristiwa yg dijangka & yg tak dijangka hari ni;

1. Jumaat penghulu segala hari
2. Maulidur Rasul
3. Birthday mama @abby_abadi112
4. Dapat surat rasmi dari Angkara,Turki.Dgn izin Allah confirmed abg @danishhakim_243 ke Turki bulan Januari 2018
5. @danishhakim_243 @marissadania_ @mariadanishahakim_2008 @awishzarisz nak dapat ADIKKK…!!!”

Wah! Bertambah meriah keluarga besar Norman nanti yang bakal menerima cahaya mata keenamnya.Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun. Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 hasil perkahwinan dengan Memey. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka sekeluarga. Tahniah!

BACA  10 Artis Malaysia Ini Kongsi Rasa Sedih Atas Pemergian Pelajar Tahfiz
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleAwas! 5 Pelakon Ini Mempunyai Seni Mempertahankan Diri
Next articleLagi Power! Samsung Bakal Perkenalkan Imbasan Tapak Tangan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress