Ketika dahulu kita sering lihat jejaka ini muncul di kaca TV dalam drama. Jika dia dikenali dengan nama Isma Yusoof namun sudah hampir 3 tahun dia bukan dengan nama glamornya itu sebaliknya lebih selesa menggunakan nama Azma Aizal Yusoof.

Dari sumber Sinar Harian, anak muda ini mengakui pernah terjebak dengan dadah dan pada masa sama, disahkan sebagai penghidap Bipolar Disorder tahap satu pada 2009.

Kini Azma lebih banyak dalam dunia pengarahan, dia bermula selepas pengarah Shahrulezad Mohameddin (Ezad) menawarkan dirinya mengarah drama bersiri pertama, Merah Puteh yang menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Wan Elias dan Dira Abu Zahar. Sejak itu, karier saya dalam bidang pengarahan mula berkembang sehingga kini.

Kini Sibuk dengan Kem Aktiviti Lasak

Kini Azam sibuk dengan projek terkini di Gopeng, Perak, mengikuti rakannya menguruskan kem aktiviti lasak, Radak Adventure.

Selepas penggambaran Blok 404, dia membantu rakan yang menguruskan kem Radak Adventure. Selain aktiviti lasak, di situ juga ada kelas kecil mengajar bahasa Inggeris dan beberapa subjek lain. Selain itu dia juga ada perancangan untuk menganjurkan kelas lakonan.