Nama pelakon Nabila Huda, anak kepada penyanyi rock negara, Amy Search sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada saja fesyen pelik yang dia cuba tampilkan.

Terbaru, Nabila mengejutkan peminatnya apabila tampil seiras seperti penyanyi seksi Nicki Minaj.

Dari imej rambut blonde sehinggalah pakaian dengan tubuh seksi. Memang seiras.

Sebenarnya Nabila menjadi salah seorang tetamu dalam sebuah program hiburan Drop The Beat.

Salah satu gambar yang dimuatnaik oleh Nabila ini mencuri perhatian kerana lengkungan pada tubuhnya yang agak aneh. Ada yang merasa pelik tatkala melihat jarinya seakan-akan bengkak. Adakah ini hasil dari suntingan Photoshop?

Meskipun tidak mengikut jejak bapanya sebagai penyanyi rock, Nabila dikenali sebagai seorang aktres yang disegani. Ini terbukti melalui beberapa pengiktirafan anugerah berprestij yang diterimanya.

Filem Munafik dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam adalah antara naskhah filem yang menampilkan gaya hebat lakonan Nabila.