Masih lagi hangat memperkatakan mengenai kontroversi melibatkan dua selebriti terkenal, Norshila Amin dan Lana Nordin yang dikatakan bergaduh besar baru-baru ini.

Angkat Sumpah Laknat Lima Kali

Menerusi sumber yang kami perolehi dari Mstar Online, Shila dikatakan telah mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan kononya dia telah menipu wang milik lapan orang selebriti yang terlibat dalam sebuah festival di Brunei pada April lalu. – hangat.com

Selain itu, tujuaan sumpah laknat itu juga dibuat bagi menafikan dakwaan pelakon Lana Nodin yang didakwa antara pihak yang menyebarkan fitnah itu sehingga mendatangkan malu kepada Shila sekeluarga.Β  hangat.com

“Bersaksikan Al-Quran, saya dan anak-anak mengangkat sumpah laknat bagi membersihkan nama kami yang telah difitnah. Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana Allah dan sekiranya tidak benar apa kami katakan, kami reda dengan kemungkaran Allah,”

Dalam pertemuan itu, Shila serta anak perempuanya, Nurrul Admiena Norrizan, turut mengangkat sumpah sama bagi membersihkan nama mereka daripada fitnah itu.Β  hangat.com

Terkejut Roslan Shah Campur Tangan

Dalam perkembangan lain, Shila turut terkejut dengan campur tangan pihak ketiga apabila pengacara Roslan Shah tiba-tiba campur tangan dalam isu pergaduhannya dengan Lana menerusi beberapa siri siaran langsung di Facebook. –Β hangat.com

Tambahnya, dia mahupun Lana tidak pernah mengaitkan Roslan dan perbuatannya itu menyebabkan isu ini semakin panas.

“Saya akui wujud pertengkaran dengan Lana tetapi semasa kami bergaduh baik saya atau Lana langsung tidak menyebut atau mengaitkan namanya. Roslan tiada di tempat kejadian jadi saya tidak tahu siapa dan bagaimana dakwaan pergaduhan kami itu sampai ke telinganya,”

Laporan Polis Terhadap Lana dan Roslan

Tambah Shila, laporan polis terhadap Lana dan Roslan telah pun dibuat berkenaan kenyataan fitnah dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.Namun masih ingin memberi ruang kepada mereka untuk berbincang menyelesaikan kemelut itu secara baik.

“Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana atau Roslan, rakan peniaga dan artis yang menyebar fitnah tersebut selain mereka yang mengutuk dan mengeji.Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak benar laknat Allah akan jatuh kepada mereka.Bagaimanapun saya tetap buka ruang untuk berbincang secara baik dan bermaaf-maafan selain menyelesaikan perkara ini dengan baik,”

BACA  5 Fakta Menarik Di Sebalik Filem Bikers Kental 2