Berikutan dengan luahan Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid mengenai rasa bimbangnya terhadap ekonomi negara, dia telah tegur oleh seorang ahli politik. Menurut laporan dari Astro Awani, Datuk Rizal Mansor menasihatkan Sheila tidak memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar.  – hangat.com

#sheilamajid #sheilamajidtheconcertkualalumpur2017 #pressconference

A post shared by Sheila Majid (@sheilamajidofficial) on

“Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shared the same stage with @yunamusic last night. #iskarnival2017 #iskarnivalkool

A post shared by Sheila Majid (@sheilamajidofficial) on

Beliau juga menambah tiket konsert Sheila Majid berharga RM888 habis dijual sebagai tanda ekonomi negara tidak terjejas.  – hangat.com

“Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Sehingga kini Tweet kenyataan ini mendapat 14 ribu Retweet dan mendapat sokongan netizen yang memuji keberanian beliau. Dan seperti dijangka,ada juga pihak yang cuba mengecam Sheila dan tidak kurang juga mengganggap beliau sengaja meraih publisiti murahan. – hangat.com

Sumber Astro Awani

BACA  3 Selebriti Ini Sokong Kenyataan Datuk Sheila Majid
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleZarina Zainuddin Pernah Berdendam Dengan Ibu Sendiri
Next articleAzwan Ali Dakwa Datuk Sheila Majid Sedang Meroyan
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.