Sudah ramai penyanyi, pelakon, mahupun pengacara tempatan yang kini mula berhijrah kearah yang lebih baik, dan mengambil jalan untuk menutup aurat. Tapi kali ini Hangat.com mahu memaparkan senarai artis dangdut tempatan yang dahulunya terkenal dengan imej seksi dan suka bergelek kini sudah berhijrah.

1.Shikin

Selepas tampil berhijab, Shikin seolah-olah menyepikan diri dari dunia glamor. Ramai yang menganggap Shikin sudahpun meninggalkan irama dangdut yang sebati dengan jiwanya.

Menurut laporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar, Aishah Dahalan, 37, menafikan dirinya sudah meninggalkan bidang nyanyian yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Walaupun sudah berhijab, Shikin mengakui dia tidak kisah jika imej dangdut sukar dikikis daripada dirinya. Shikin pernah menghasilkan album pertama berjudul 5 Ratu Dangdut bersama Ayati Tasrip, Wann, Adila dan Masleena pada 1997. Antara lagu popular mereka ialah Joget Lagi Dangdut Lagi.

BACA  Video Aksi Lucah Jadi Kecaman! Ini Teguran Liana Rosli Untuk 'Haters'

2. Iwan

Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia dan Indonesia.

Iwan yang pernah berkahwin dengan pelakon Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun, dikurniakan tiga cahaya mata. Pelakon drama Dendam Aurora, Wan Syamira Putri Octavia merupakan anak keduanya.

Iwan kini cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, yang dinikahi 20 Februari 2009.[Hangat.com] Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya untuk beralih ke muzik nasyid. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah.

3. Ramlah Ram

Penyanyi versatile Ramlah Ram sememangnya  adalah salah seorang Diva Pop Malaysia yg sangat terkenal dengan kebolehan beliau menyanyi lagu pop, traditional dan dangdut dengan sangat baik. Gelombang pertama irama dangdut bermula dengan lagu Ramlah Ram Selamat Jalan Romeo tahun 1994 sehingga menjadi salah satu lagu dangdut paling popular sepanjang zaman di Malaysia.

BACA  Plastik! Pembedahan Implan Punggung Selebriti Yang Luar Biasa Besar

Pada tahun 2010, Ramlah mengejutkan penonton kerana tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung. Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

4. Zaleha Hamid

Zaleha Hamid kini berusia 60 tahun merupakan penyanyi dan penghibur yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang perintis awal kepada irama muzik dangdut di Malaysia pada era 80an dan terkenal dengan gelaran sebagai Ratu Dangdut Malaysia.

Tidak begelek lagi, sejak bertudung Zaleha lebih banyak habiskan masa bersama keluarga. Kini, beliau masih kekal unggul sebagai “Ratu Dangdut Malaysia & Singapura” walaupun terdapat penyanyi dangdut baru dalam dunia seni hiburan tempatan.

BACA  [GAMBAR] Chef Adu Amran Pamer Aksi 'Sensual' Dalam Tub Mandi

5. Leina Hangat

Sebelum ini artis ini pernah dihimpit kontroversi terlalu seksi melakukan persembahan. Melalui forum popular, gambar ini yang tersebar dikatakan berlaku di sebuah Annual Dinner sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.

Leina telah menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyi lagu dengan beberapa aksi yang tidak senonoh.

Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.

Dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

like
love
haha
wow
sad
angry