Semalam (10 Disember) telah berlangsungnya Separuh Akhir Gegar Vaganza 4 yang menampilkan seramai 7 orang peserta, Hazami, Firman, Tia Jinbara, Aishah, Liza Hanim, Syura dan Lan berentap menyanyikan dua buah lagu bertemakan Goyang Kaki dan Runut Bunyi (OST)

Syura Gagal Ke Pusingan Akhir

Keputusan separuh akhir semalam turut menyaksikan Syura memperoleh markah terendah sekali gus menyebabkan beliau gagal ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan di Johor Bahru. Syura yang menjadi bintang keenam yang tersingkir hanya memperoleh markah sebanyak 58.10% dan ini adalah markah penuh para peserta di pusingan separuh akhir.

1. Hazami: 70.55%

2. Aishah: 69.95%

3. Firman: 69.50%

4. Tia Jinbara: 69.35%

5. Liza Hanim: 68.85%

6. Lan: 66.40%

7. Syura: 58.10%

Dato Seri Vida Perli Elyana Kerana Tidak Jujur

Dalam perkembangan lain, ketika Lan selesai membuat persembahan pertamanya, kelihatan Dato Seri Vida tampil naik ke atas pentas bertanyakan Lan mengenai kejujuran beliau adakah beliau meminum produk yang diberi olehnya.

Sebelum ini, Elyana melalui video secara langsungnya telah memberitahu peminatnya bahawa beliau terpaksa berbohong di hadapan peminat dan DSV sendiri bagi menjaga hati dan perasaan penaja utama itu. Adakah benar kata – kata DSV itu merupakan sindiran kepada Elyana? Apa pun, minggu hadapan Gegar Vaganza bakal menutu tirainya. Siapakah juara pilihan anda?