Hasrat Syura untuk mara ke peringkat akhir pada minggu hadapan nampaknya tidak kesampaian apabila ‘gegaran’ terhenti pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza 4 (GV4).

Diserang Penyakit Misteri Sejak Oktober

Dalam perkembangan lain, Syura turut berkongsi mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak awal Oktober lalu dimana misterinya, suaranya tidak boleh keluar setiap pagi dan menjelang tengah hari barulah suaranya boleh menyanyi seperti biasa. Tambah Syura, beliau juga akan sering merasa kebas di bahagian kiri badannya.

“Sebenarnya saya dah perasan dah sejak Oktober lalu, asal pagi sahaja suara saya mesti hilang, tapi bila dah tengah hari dia jadi okey balik. Saya tak tahu macam mana benda ini boleh berlaku. Dia macam penyakit come and go”

Datuk Dr Fadzilah Kamsah Seram Tengok Syura

Menurut Syura, kejadian pelik itu tidak berhenti disitu sahaja kerana pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah turut tegur beliau dan nampak dirinya seperti seorang yang menakutkan.

“Kalau kawan-kawan yang cakap macam itu, saya mungkin tak ambil kisah sangat. Tapi yang ini, Datuk Fadzilah sendiri yang cakap, ‘saya seram tengok awak’. Jadi ayat beliau sentiasa bermain-main dalam fikiran saya. Selepas ini saya merancang unuk pergi berubat,”

Seram pula kami baca kisah Syura ini. Maklumlah perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini ramai juga selebriti yang menjadi mangsa buatan orang dan gangguan makhluk halus ini.

Sumber Kopiplanet.com