Selain daripada selebriti, kisah individu – individu yang berjaya dan punyai kisahnya tersendiri turut tular atas pencapaian dan pengalaman yang mereka kongsikan. Mengimbas kembali sorotan tahun 2017, Hangat.com pernah menyiarkan kisah – kisah individu ini malah kami turut berbangga menjadi antara yang pertama dan platform untuk mereka terus berkembang dan dikenali netizen.

1. Jimmy Jejai

Memiliki rupa paras yang kacak dan berbadan sasa merupakan satu kelebihan buat Jimmy atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar. Sekali imbas, mungkin ramai yang beranggapan bahawa beliau adalah seorang jurulatih kecergasan. Benar, namun itu hanyalah pekerjaan sementaranya sebelum ini kerana minatnya yang mendalam di dunia bina badan dan kecergasan.

Untuk pengetahuan anda, anak muda yang berasal dari Pulau Pinang ini merupakan guru pelatih Pendidikan Jasmani di salah sebuah sekolah menengah di Perak dan Hangat.com merupakan antara yang pertama menyiarkan kisah mengenai Jimmy sebelum beliau mula tular di laman sosial.

2. Dr Say Shazril

Nama Doktor Say Shazril atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin pernah tular suatu ketika dahulu kerana selain bergelar doktor, beliau juga mempunyai rupa paras yang kacak dan bertubuh sasa. Beberapa portal pernah melaporkan terdapat ramai netizen yang sengaja mahu jatuh sakit dan ke hospital semata-mata mahu berjumpa dengan doktor sado ini.

3. Vivy Yusof dan Fadza Anuar

Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan. Kedua – duanya telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak – anak muda melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia, FashionValet. Malah sebenarnya kedua – dua individu ini bergelar Dato dan Datin!

4. Hafiz Mahamad

Masih ingat dengan kisah seorang lelaki yang membuat kejutan hari lahir kepada kekasih hatinya, Syafiqah Aina dengan menaiki dan tahun berikutnya menaiki kapal mewah pula? Video kisah percintaan mereka turut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kisah mereka dan tidak kurang juga jelik dan menganggap pasangan ini seperti melupakan ibubapa masing-masing. Yang pasti kedua – duanya telah selamat bergelar suami isteri baru- baru ini. Tahniah diucapkan!

5. Joyah Vegas

Pon Jumat yang berasal dari Pagoh, Johor menggelarkan dirinya sebagai Joyah Vegas dan beliau berbangga dengan nama Joyah itu. Beliau adalah wanita yang cukup berinspirasikan kerana jika anda mendengar akan kisahnya, pasti anda akan turut berbangga.

Nama Joyah Vegas atau JV cukup terkenal! Mungkin tidak di Malaysia tapi nama Joyah cukup dikenali di Las Vegas. Manakan tidak, Joyah mempunyai 10 rumah penginapan di sekitar Las Vegas untuk disewa kepada pelancong yang tidak mampu atau tidak suka menginap di hotel.

6. Amsyar Azman

Kejayaan Ahmad Amsyar Azman atau lebih dikenali sebagai Amsyaro pada Sukan Sea 29 Kuala Lumpur yang lalu merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki ternyata memberi impak dan perubahan 360 darjah sisi hidupnya.

Jika dahulu beliau hanya dikenali sebagai seorang atlet, kini penangan kemenangan tersebut telah menjadikan beliau sebagai selebriti media sosial. Sejak kemenangannya itu, jumlah pengikut Amsyaro terus meningkat dari sehari ke sehari sehingga mencecah lebih dari 95 ribu pengikut di Instagram.