Ketika semua portal dan akhbar hiburan masih berteka-teki siapakah pelakon lelaki yang telah hamilkan wanita sehingga melahirkan anak luar nikah, akhirnya semalam melalui sumber yang diperolehi dari Mstar Online, terdedah juga.

Bukan Anak Pelakon

Sebelum ini wanita tersebut mendakwa bayi yang beliau lahirkan tersebut adalah anak kepada pelakon lelaki popular. Berdasarkan kenyataan yang diberi, pelakon tersebut merupakan pelakon ‘kegilaan ramai’ dan ibu beliau turut mempunyai Instagram. Hari ini terbongkar sudah kerana wanita itu tampil memberi kenyataan bahawa anak tersebut bukanlah anak kepada mana-mana pelakon yang dituduh sebagai bapa kepada anaknya.

Buat Ujian DNA

Kenyataan tersebut dibuat setelah beliau membuat ujian DNA dan ternyata anak itu tiada hubungan dengan mana-mana artis dan sudah mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

Sebelum ini, antara pelakon-pelakon yang dituduh adalah Syafiq Kyle, Idris Khan, Raja Afiq dan beberapa pelakon lelaki lain dan mereka turut menafikan tuduhan tersebut.

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari. Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait,”

Dia mengakui kesilapanya dalam membuat tuduhan dengan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada beberapa artis lelaki tanah air. Wanita itu juga tidak mahu memperbesarkan lagi hal tersebut memandangkandia juga bakal berkahwin dan ingin memulakan hidup baharu.

“Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya,”

Walaupun pelakon tersebut bukanlah individu yang bertanggungjawab menghamilkan wanita itu, persoalan Hangat.com adakah mereka tetap melakukan hubungan terlarang sehingga boleh dituduh sedemikian rupa?

Artikel Sebelumnya6 Kisah Individu Ini Tular Sepanjang 2017
Artikel SeterusnyaTerlihat Seksi Dengan Pakaian Ketat, Gigi Hadid Pamer Bulu Ketiak
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress