Selain daripada perkhabaran berita membanggakan tentang pencapaian membanggakan dalam dunia hiburan, dua pelakon ini telah menerima anugerah darjah oleh Sultan Pahang, yang membawa gelaran Datuk. Tahniah buat Datuk Farid Kamil dan Datuk Aaron Aziz!

Menurut laporan dari Harian Metro, pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

BACA  Nicki Minaj Bakal Jadi Pinky Dalam Filem Angry Birds 2!

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

View this post on Instagram

Before the yournger sibs

A post shared by Nadira Adnan (@nadira.adnan) on

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Dalam tahun ini, pelakon asal Singapura, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie baru sahaja menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

BACA  Sedih Tak Dapat Bersama Saat Bertunang, Ini Amaran Zainol Kepada Zahirah & Aiman