Semalam, 16 Disember 2017 laman online gaya hidup dan platform strim video, hurr.tv dengan kolaborasi GetCRAFT mempersembahkan buat pertama kalinya majlis anugerah yang seumpamanya, Anugerah Instafamous 2017 bagi menghargai individu sosial media dalam sebuah majlis yang diadakan di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur

Pertama Di Malaysia

Malah bersempena dengan ulang tahun pertama hurr.tv, Anugerah Instafamous 2017 memberi penghormatan kepada individu sosial media di Malaysia yang membawa impak besar kepada industri dan juga inspirasi buat netizen di luar sana.

8 Nama Besar Bawa Impak Tersendiri

Dalam malam Instafamous ini, sebanyak sembilan anugerah telah diberikan kepada individu sosial mengikut ‘niche’ masing – masing.

Sebagai fakta hampir 1.5 juta undian telah diterima secara talian menerusi laman web rasmi hurr.tv dan turut mendominasi 8 nama besar ini yang menerima anugerah khas Instafamous iaitu;

Inspirasi – Vivy Yusof
Fenomena – Alvin Chong
Pujaan Hati – Hannah Delisha
Versatil – Elfira Loy
Adiwira – Syafiq Kyle
#TillJannah – Nora Danish & Nedim Nazri
Idola #Mudah Terhibur – Zizan Razak
Unggul – Neelofa

Hangat.com ucapkan tahniah buat semua penerima anugerah dan juga selamat ulangtahun yang pertama kepada hurr.tv !