Ada tak diantara anda penggemar Texas Chicken? Jika ya, sudahkah anda ke cawangan terbaru mereka di Suria KLCC?

Tex Cafe Pertama Di Dunia

Tahukah anda, Texas Chicken merupakan salah satu kumpulan restoran berasaskan ayam terbesar di dunia? Dan kini Texas telah menambah cawangan mereka yang ke-42 di Suria KLCC. Bukan itu sahaja, cawangan di KLCC ini juga merupakan yang pertama di dunia yang memperkenalkan Tex Cafe dimana ia menghidangkan aneka minuman kopi dan pencuci mulut.

Saingan Restoran Makanan Segera

Keunikan Texas Chicken tidak boleh disangkal lagi. Meskipun kuasa pemasaran di media massa tidaklah begitu besar seperti jenama yang lain, tetapi Texas Chicken tidak memerlukan semua itu kerana produknya sahaja sudah buktikan kemampuannya. Yang pasti jika ke sini, pastikan honey butter biscuit berada dalam menu anda jika tidak kunjungan anda pasti tidak akan lengkap!