Hot FM dengan segmen ‘panggilan hangit‘ sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Manakan tidak sejak diperkenalkan, segmen inilah antara yang menjadi tarikan utama pendengar stesen radio swasta ini.

Netizen Terkilan ‘Kena Prank’

Suatu ketika dahulu, segmen ini pernah dikecam gara-gara membuat panggilan palsu kepada isteri seorang pemain bola sepak yang mendakwa suaminya itu telah terlanjur bersama wanita lain. Menyedari ianya sesuatu yang agak melampau, Hot FM telah memohon maaf atas ketidaktelusan mereka dalam menilai perbualan itu terlebih dahulu.

Terkini, perkara yang hampir sama berulang kembali apabila seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dzul Affandi Roslan mendakwa Hot FM seolah-olah mempermainkan perasaan kawannya, Zairi Zainal yang kini dalam misi ekspedisi menjelajah satu semenanjung berbasikal secara solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada yang memerlukannya.

Hot FM ‘Mahu’ Beri Tajaan

Ketika panggilan palsu yang dibuat oleh DJ radio Hot FM kepada sahabatnya dengan mengatakan ‘mahu menaja’ program nya, kegembiraan jelas terpancar pada suaranya. Akan tetapi, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana ianya hanyalah ‘panggilan hangit’ yang dbuat untuk mengenakannya.

Tular Di Media Sosial

Rakaman panggilan tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan netizen malah turut tular di media sosial. Pelbagai kecaman terus diterima Hot FM , tidak kurang juga ada yang mahu memboikot stesen radio milik Media Prima ini.

Bagi kami di Hangat.com, segmen Panggilan Hangit ini tidak salah untuk diteruskan, cuma pemerhatian dan kajian haruslah dibuat lebih mendalam kerana tidak semua isu boleh diterima masyarakat.