Not typical talent! Dalam pencarian bakat Malaysia, lazimnya didominasi oleh mereka yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan seni tari. Mempunyai suara yang mencapai high note dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya cukup kena bagi menggambarkan figura ini.

View this post on Instagram

Who would have known, from screaming nonchalantly in my college shower room n there i was performing for @hurr.tv Instafamous Award opening stage. I'd like to thank those who have voted, supported and prayed for me i genuinely appreciate that and i love you guys so much. thanks @taqiyuddin93 @canoahwang and @sylviashanti for making those french pronunciation possible and pitch correcting altho i still sound flat on few notes here and there lol. please continue voting for me as today is the last day of voting to enable me to advance to the final round. please go to the link in my bio to vote. love u guys so much #toreadorengarde #practice #soprano #opera #operahouse #countertenor #contratenor #bakatohsemmalaysia #anugerahinstafamous #hurrtv #operalover #karaoke #scream #diva #voice #vocals #vocalist #sing #songs #hobby #school #music #bizet #carmen #toreador #instadaily #instasing #instagood #goodvoice

A post shared by Adib Amin Yusof (@adibleesimmons) on

Lelaki Soprano

Keunikan yang ada pada Adib Simmons atau lebih dikenali sebagai Adib membawa tuah pada dirinya apabila tersenarai sebagai peserta akhir bakat ohsem Malaysia yang dianjurkan oleh Hurr.tv. Secara ekslusif, Hangat.com berjaya mendekati Adib bagi menyingkap keistimewaan bakatnya yang lain dari yang lain.

Menurut Adib beliau meminati seni Soprano secara tidak langsung apabila melihat penyanyi, Syafinaz Selamat mendendangkan lirik Soprano suatu ketika dahulu. Sejak daripada itu, dia membuat kajian dan belajar yang lebih mendalam mengenai Soprano melalui pelbagai sumber.

Guru Bahasa Inggeris

Percaya atau tidak, lelaki Soprano ini juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah rendah di Cyberjaya.

Mengimbas kembali akan kebolehannya. pada mulanya beliau hanya menyanyi sebagai hobi, seterusnya mula berani dengan tampil menunjukkan bakatnya di hadapan rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar.

” Sebelum ini, kebanyakkannya saya hanya membuat persembahan di sekolah. Malah saya cuba mempraktikkan bakat yang saya ada untuk menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Pernah suatu ketika, saya gunakan ‘high note’ di dalam kelas dan semua terpaku!”

Ujarnya pada Hangat.com. Tambah figura yang berusia 24 tahun ini, persembahan pertama di hadapan khalayak ramai adalah ketika di malam Anugerah Insta-famous baru-baru ini dan mendapat pujian ramai termasuk pengarah urusan Hurr.tv, Elaine Daily. Bravo!

Suara Mencapai Key ‘C6’

Ketika mendengar suaranya, pada skala biasa pun boleh buat anda meremang bulu roma apatah lagi apabila menyanyikan lagu-lagu yang mencapai nota yang tinggi. Menurut Adib, pada suatu masa suaranya boleh mencecah lebih dari nota C6 dan ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya.

” Saya selalu periksa suara saya mampu mencapai key yang mana dan dalam telefon pun ada aplikasi note detector. Mostly saya dapat capai C6 dan pernah juga lah saya test suara saya depan gelas untuk tengok sejauh mana kemampuannya”

Berbakat! Untuk anda yang ingin melihat kebolehan Adib secara live, jangan lupa saksikannya di hurr.tv pada 23 Disember ini untuk berentap dengan 7 peserta akhir lain dalam Bakat Ohsem Malaysia!