Susulan dari perkembanga artikel Hangat.com sebentar tadi mengenai segmen panggilan hangit yang dikendalikan oleh stesen radio terkenal, Hot FM yang dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik panggilan palsu ke atas seorang sukarelawan yang memohon bantuan tajaan, mereka tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

Hot FM Mohon Maaf

Melalui kemaskini di Twitter dan Facebook rasmi mereka, Hot FM memohon maaf kepada Zairi dan seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan rakaman panggilan hangit yang dilakukan oleh mereka. Tambahnya, mereka langsung tiada niat untuk mengaibkan dan menyinggung perasaan mana – mana pihak.

Zairi Maafkan Hot FM

Dalam perkembangan lain, Zairi menerusi kenyataannya di Facebook juga telah memaafkan stesen radio itu serta tidak salahkan mereka 100%.

Menurut beliau, jika tidak tular insiden tersebut, ramai yang tidak akan tahu bahawa beliau juga sedang berusaha untuk mencari penaja bagi program sukarelawannya.