Buat yang mengikuti perkembangan Shiha Zikir, pasti tahu penyanyi ini terlebih dahulu mencipta nama melalui rancangan realiti dan turut mengharumkan negara di peringkat antarabangsa

Peminat Di Indonesia Lebih Hargai Shiha?

Baru-baru ini, Hangat.com berkesempatan menemubual dengan Shiha yang juga penyanyi kepada lagu tema filem Makrifat Cinta. Jika lihat pada sambutan yang diterima penyanyi ini, kebanyakannya yang diterima adalah terdiri daripada peminat di Indonesia. Menjawab persoalan tersebut, bagi Shiha beliau sama sekali tidak memikirkan soal populariti. Baginya tujuannya berada dalam industri hiburan ini adalah untuk mencari rezeki dan seboleh-bolehnya mahu elakkan kontroversi.

Tidak Laku

Dalam perkembangan lain, Shiha turut menolak dakwaan bahawa beliau kini dikatakan sudah ‘tidak laku’. Tambahnya, beliau kini sedang sibuk mempromosikan single dan perniagaannya.

Mana ada tak laku! Shiha sebenarnyaa sedang sibuk dengan syarikat dan perniagaan Shiha sendiri, Shiha lens. Lens ni masih baru lagi tapi sememangnya Shiha sudah lama berniaga hampir 6-8 tahun macam tu. Shiha juga sedang mencari bakat – bakat baru untuk bernaung di bawah syarikat kami”