Kalau ditanya apakah faktor utama untuk pembeli memilih iPhone X sebagai gajet idaman mereka, rata – ratanya akan memberi jawapan mempunyai ciri nyahkunci menggunakan wajah (face unlock). Akan tetapi ramai yang terpaksa melupakannya kerana harga peranti ini agak terlalu mahal untuk seseorang memilikinya.

OnePlus 5 Bakal Mempunyai Face Unlock

Kemunculan fungsi canggih ini telah disahkan sendiri oleh pengasas OnePlus Carl Pei dimana dengan fungsi ini, akhirnya pemilik peranti model sebelum ini dapat menikmati fungsi yang sama seperti OnePlus 5T.

Akan tetapi, Carl tidak memberitahu bilakah tarikh rasmi fungsi ini akan diterima. Buat pengguna OnePlus 5 sudah pasti ianya satu khabar yang gembira dan hak eksklusif face unlock kini tidak terhad pada satu jenama sahaja.