Kira-kira 10 ribu orang lelaki separuh bogel di Jepun baru-baru ini terlibat dalam perhimpunan kecil selama 1 jam untuk merebut kayu dalam suasan gelap yang dianggap membawa tuah.

IKLAN

Hanya memakai cawat putih, para peserta bersemangat berkumpul di kuil pada malam hari untuk mengambil bahagian dalam sambutan acara tahunan yang dipanggil Hadaka Matsuri, atau Festival “Lelaki Berbogel”. Lelaki berkerumun untuk masuk ke perkarangan  kuil Saidaiji Kannon di Bandar Okayama terletak di barat Jepun, untuk mendapatkan sepasang kayu bertuah dipanggil “Shingi”.

Walaupun festival yang memaksa untuk berbogel ini diadakan di kuil-kuil  seluruh Jepun setiap tahun, namun perayaan terkenal ini memilih Kuil Saidaiji di Okayama, tempat di mana ia bermula 500 tahun yang lalu.

BACA  Syed Saddiq Diiktiraf Antara 20 Paling Berpengaruh Dunia

Selepas menunggu selama lebih satu jam, lampu dimatikan pada pada jam 10 malam semua akan bergegas berlari untuk memegang kayu berukuran 20cm tinggi yang dipercayai membawa tuah. Difahamkan, terdapat laporan kematian kerana kemalangan pada tahun sebelum ini berpunca daripada peserta yang terlalu agresif.

Sumber