Siapa yang tak terkejut jika sebuah sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal mampu mencipta sebuah kereta yang boleh masak nasi. Namun ini terjadi pada Audi Japan di mana mereka telah memperkenalkan model unit terbarunya edisi terhad iaitu Audi A8 ‘5.5’. Oleh kerana ia dikeluarkan di Japan maka Audi mengambil sebuah langkah yang sangat unik yang belum pernah dibuat pengeluar kereta Eropah lain iaitu dengan meletakkan ciri khas baru periuk nasi istimewa dalam kereta.

Audi A8 ‘5.5’ bukanlah merujuk kepada cc kereta tersebut sebaliknya diinspirasikan daripada terma ‘gohan’ yang bermaksud nasi di dalam Bahasa Jepun.

Berdasarkan apa yang dinyatakan Audi, periuk nasi yang tersedia di dalam kereta ini dibina khusus berdasarkan prestasi engine Audi A8 yang berkuasa tinggi. Bermula dari segi pemanasan sehinggalah kepada penghasilan nasi yang terbaik pengguna boleh nikmati di dalam sebuah kereta mewah ini.

Tetapi ini semua hanyalah sekadar gimik. Audi A8 edisi terhad ini hanyalah sebuah penipuan sempena April Fool untuk melariskan jenamanya sahaja. Mereka melakukan gimik ini bagi kempen pemasaran mereka pada tahun 2015.

Sumber