Ini sangat menyedihkan apabila lebih dari 1000 anak ayam dalam usia 1 hari dibiarkan mati di sebuah kawasan lapang berhampiran Peterborough, England.

Penduduk tempatan bertindak segera menghubungi pihak berkuasa RSPCA (Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan) supaya dapat melindungi haiwan tersebut.

Apabila RSPCA tiba, mereka terkejut kerana tidak pernah melihat perkara sebegini boleh berlaku ia umpama lautan kuning. Anak ayam yang berusia sehari dengan saiz yang kecil ditinggalkan dalam keadaan terseksa dan tidak semua daripada mereka terselamat.

Pihak berkuasa telah melakukan siasatan untuk mengenal pasti siapa dalang yang meninggalkan anak ayam ini di kawasan tersebut.

Sumber