Featured, Life, Telefon

Antara Fungsi Rahsia iPhone Yang Apple Tidak Pernah Beritahu Pengguna

Kami rasa, ramai pengguna iPhone di luar sana yang menggunakan peranti-I ini hanya sekadar minat dan mahu menjaga status semata-mata.

Meskipun mendapatkan jolokan sebagai telefon pintar paling popular di dalam abad ini, tetapi kami pasti, bukan semua pemilik iPhone ini mengetahui trik-trik dan fungsi-fungsi rahsia iPhone milik mereka seperti apa yang kami paparkan di bawah ini.

Tetapkan timer tidur

Fungsi ini membolehkan anda mendengar lagu-lagu kegemaran anda sebelum tidur tanpa risau akan kehabisan bateri. Muzik akan dihentikan sebaik saja timer ini berbunyi.

Reka mod gegaran sendiri

Bosan dengan mod gegaran yang sedia ada? Jangan risau, anda kini boleh mereka mod gegaran kegemaran anda sendiri.

Bersihkan RAM

Buat pengguna Android, fungsi ini lebih straight-forward tanpa memerlukan sebarang trik tersembunyi. Tetapi buat pengguna iPhone, fungsi yang tidak pernah dinyatakan di dalam mana-mana tutorial ini boleh diakses dengan menekan kombinasi butang-butang berikut:

  • Tekan butang power sehingga mesej slide to power off keluar.
  • Lepaskan butang power tersebut sambil menekan butang home.
  • Di dalam tempoh beberapa saat, skrin iPhone anda akan berkelip dan semua applikasi akan terpadam dengan sendirinya.
  • RAM anda kini berada di dalam zon yang paling selesa.

Setem masa untuk iMessage

Berbeza dengan Whatsapp yang sememangnya terpapar secara automatik, setem masa untuk iMessage ini hanya boleh diakses dengan menolak skrin anda ke bahagian kiri skrin.

Efek khas iMessage

Fungsi efek khas di iMessage ini membuatkan Whatsapp kelihatan sangat old-school. Bagi menggunakan fungsi ini, pertama kali anda perlu memastikan anda dan penerima telah mengaktifkan iMessage mereka.

Selepas anda selesai menaip mesej anda, tekat butang anak panah berwarna biru di sebelah kanan skrin sehingga keluar menu baru untuk anda pilih.

Menghidupkan fungsi kiraan askara untuk mesej

Bagi mereka yang kerap menghantar SMS, fungsi ini sangat penting kerana ianya dapat memberitahu anda sekiranya SMS yang ingin dihantar itu sudah melebihi had askara yang dibenarkan untuk satu SMS.

Rewind lagu

Gerakkan jari anda di kawasan yang berwarna di atas:

Kuning: Untuk langkauan yang paling cepat
Merah : Untuk langkauan separuh daripada zon kuning
Hijau: Untuk langkaun yang paling perlahan

Mendail extension

Untuk mendail extension, pertama kali, dail nombor utama sebelum anda menekan butang * sehingga tanda koma keluar dan diikuti dengan nombor extension anda.

Sekat iklan semasa bermain permainan video

klan ada kalanya memang sangat menjengkelkan dan bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mengaktifkan mod penerbangan di iPhone anda.

Tukar arah mod panorama

Mahu menukar arah mod panorama anda? Mudah, tekan saja anak panah sebelum anda menekan butang shutter di bawah.

Padam angka di dalam kalkulator

Hanya gerakkan jari anda di atas angka-angka yang tertera di dalam kalkulator.

Membuat panggilan kecemasan

Maklumat yang diisi di dalam Medical ID ini dapat membantu menyelamatkan nyawa anda. Jangan lupa untuk mengisikan jenis darah anda bagi memudahkan bantuan diberikan sekiranya berlaku kecemasan.

Buka kembali tab yang dipadamkan secara tidak sengaja di Safari

Sekiranya anda terpadam kesemua tab Safari anda secara tidak sengaja anda hanya perlu menekan butang + bagi mengembalikan kembali tab-tab anda sebelum ini.

Guna Google Maps tanpa akses internet

Anda boleh memuat turun peta untuk digunakan semasa offline dengan menaip OK Maps.

Akses tersembunyi field test

Akses ini membolehkan anda mengetahui informasi mengenai peranti anda, rangkaian telko dan lain-lain.

Naik taraf kelajuan Wi-Fi anda

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kelajuan Wi-Fi di kediaman dan pejabat anda, hanya aktifkan mod Wi-Fi Assist ini. Mod ini membenarkan anda menggunakan kombinasi Wi-Fi dan internet daripada telefon anda dengan serentak.

Fungsi lain kompas

Di dalam applikasi kompas, terdapat fungsi lain yang ramai orang tidak tahu dan untuk menggunakannya, hanya perlu gerakkan jari anda ke bahagian kiri skirn semasa menggunakan applikasi kompas.

Mengurangkan kecerahan skrin di bawah paras minimum

Sekiranya anda mahukan kecerahan skrin anda berada di bawah paras minimum yang dibenarkan, anda hanya perlu berbuat demikian:

1. Settings > General > Accessibility > Zoom.

2. Skrol ke bawah dan hidupkan Show Controller.

3. Pergi ke skrin sebelum ini, cari Accessibility Shortcut dan aktifkan fungsi Zoom.

4. Klik butang Home sebanyak tiga kali dan hadkan kecerahan pada tahap minimum.

5. Pilih Low Light.

Matikan tab Apple Connect di dalam applikasi Apple Music

1. Pergi ke Settings, dan skrol ke bawah ke Music.

2. Padamkan butang Show Apple Music.

3. Pergi ke Settings > General > Restrictions dan masukkan password anda.

4. Matikan Apple Music.

Restart iPhone anda

Tekan butang Power dan Home secara serentak sehingga skrin padam. Apabila proses ini selesai, anda akan melihat logo Apple muncul pada skrin anda. – ttv