Sekarang dah nak masuk hujung tahun, pasti ramai yang dah merancang nak bawa anak anak keluar dari ibukota, melancong, beriadah dan sebagainya. Ibubapa lah yang dipertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan yang berkaitan. Dari perancangan tempat percutian, penginapan, pengangkutan dan juga aktiviti percutian.

IKLAN

Maklumlah dan hujung tahun, anak anak juga perlukan ruang untuk dibawa beriadah dan kita sebagai ibubapa yang bekerja haruslah berkorban meluangkan masa bercuti bersama.

Kami juga ingin berkongsi dengan pembaca tips percutian dengan cara yang lebih jimat.

1. Rancang percutian lebih awal

Biasanya tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal atau mungkin kita boleh tempah sewaktu promo atau sebagainya. Tapi ingat, kita haruslah rajin cek harga semasa setiap hari supaya tak terlepas harga istimewa yang ditawarkan.

BACA  Tahniah! Afiq Muiz Selamat Bernikah Dengan Pelakon Baharu

2. Tempahan Penginapan secara online

Mungkin semua dah tahu kan, harga hotel akan menjadi lebih mahal jika walk in atau terus ke kaunter hotel. Jangan pulak kita salahkan hotel jika harga yang dikenakan mencekik darah. Banyak saluran yang kita boleh periksa seperti, Trivago, Traveloka, Airbnb dan sebagainya.

3. Tak Perlu Hotel 5 Bintang

Tak perlu cari tempat penginapan yang mahal kerana kita akan lebih banyak menghabiskan masa diluar. Lebih jimat lagi jika kita mencari tempat penginapan yang menyediakan dapur untuk memasak. Sekurang-kurangnya sarapan pagi atau makan malam kita boleh masak sahaja.

Itu kan lebih jimat dari makan diluar. Tempat penginapan juga haruslah berhampiran dengan destinasi menarik yang boleh kita lawati. Ini akan menjimatkan kos pengangkutan.

BACA  [GAMBAR] Sufie AF2015 Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

4. Sewa Kereta

Jika tempat percutian hanyalah di dalam negara, tak salah sekiranya jika kita memandu sendiri, ini akan lebih menjimatkan.

5. Pilih Aktiviti Yang Percuma

Cari aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma atau kos yang lebih rendah seperti melawat muzium, mandi air terjun, atau beli secara pakej kerana kos harga pakej lebih murah berbanding kos yang dibeli berasingan. Bawa makanan ringan dan minuman semasa keluar berjalan.

6. Senarai Perbelanjaan

Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu sahaja dan cuba untuk ikut senarai tersebut. Perancangan perjalanan sangat menjimatkan wang anda.

Sebenarnya kalau bercuti masa bukan musim cuti sekolah lagi lah jimat tapi apakan daya…kita perlu fikirkan kepentingan keluarga juga. Wang ringgit kan boleh dicari dari luangkan masa bersama keluarga tercinta.

BACA  Jennie Blackpink Diiktiraf Sebagai Artis Wanita Berkumpulan Paling Berpengaruh

Harap tips kali ini dapat dimanfaatkan untuk anda meminimakan perbelanjaan tapi memaksimakan kepuasan. Selamat Bercuti