Pertandingan pencarian bakat memang menjadi salah satu tontonan yang digemari masyarakat Malaysia. Selain menyajikan hiburan, pertandingan yang digelar program relaiti TV ini juga melahirkan seorang idola baru di industri musik Tanah Air.

Beberapa juara yang lahir dari berbagai pertandingan tersebut kini masih kekal sebagai penyanyi di dalam muzik Tanah Air. Namun ada juga yang kariernya tenggelam kerana tak mampu mempertahankan karier mereka sebagai penyanyi dan terjun ke bidang perniagaan.

Wajah mereka ketika diujibakat memang berbeza dari sekarang yang sudah terkenal. HangatMalaysia telah merangkumkan transformasi lima juara dari berbagai pertandingan menyanyi paling hits di Malaysia.

1.Jaclyn Victor

Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

2. Yuna Zarai

Yunalis binti Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna kini sudah mencipta nama di luar negara. HangatMalaysia difahamkan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini pernah menyertai Program Realiti TV, One In A Million (OIAM) namun tidak berjaya terpilih namun lihatlah pencapaian beliau sekarang.

3. Black Hanifah

Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, pernah mencetuskan fenomena dengan mencipta nama dalam dunia hiburan.  Black mula mendapat perhatian peminat sejak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu. ‘Ada nampak Mummy senyum?’

4. Tomok

Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz.

Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.

5. Faizal Tahir

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau lebih dikenali sebagai Faizal Tahir, penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million.  Tak ramai yang mengetahui Faizal mula terjun dalam dunia hiburan selepas menganggotai kumpulan nasyid, Mirwarna.

Artikel Sebelumnya‘Keluarga Saja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya’- Datuk Hans Isaac
Artikel Seterusnya22 Tahun Tak Pernah Berpecah, Ini Rahsia Sheila On 7 Bertahan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.