Ketika hari ini ramai yang mengadu mempunyai masalah pemasangan internet di rumah dan dimana -mane mereka berada, hari ini perkhidmatan baru yang dikenali sebagai CONNECTme akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Pancaran Menggunakan Satelit Piring

Jika ketika ini ramai yang menggunakan kabel optik dan sebagainuya, berbeza pula dengan CONNECTme kerana anda hanya sebuah piring satelit khusus seperti Astro di rumah dan membolehkan perkhidmatan CONNECTme meliputi 100% Malaysia.

Sudah pastinya anda tidak akan mengeluh mengenai masalah talian internet.

Harga Sedikit Mahal

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan kami mendapati harga langganannya boleh dikatakan sedikit mahal berbanding penawaran biasa.

Dimana CONNECTme ditawarkan pada harga bermula RM25 untuk 1GB dan pada kelajuan 15Mbps – atau turut ditawarkan dalam pilihan RM450 sebulan untuk had 25GB pada kelajuan 15Mbps. Harga ini juga tidak termasuk harga deposit yang perlu dibayar. Kemudahan ini akan dilancarkan kepada umum pada 8 Mac 2018.

Sumber : Lowyat.net