Pada tahun 2018, Sheila On 7 sudah mencecah usia 22 tahun. Memiliki tempah bertahan yang agak panjang, sebenarnya band berasal Yogyakarta itu juga pernah mengalami pasang surut dalam hubungan mereka.

Menurut band yang dianggotai Duta (vokal), Eross (gitar), Adam (bass), dan Brian (drum) tersebut, berselisih faham atau berbeza pendapat adalah hal yang biasa dalam hubungan.

Yang penting, bagi mereka adalah bagaimana menemui jalan keluar dan kemudian lebih kenal antara satu sama lain.

“Tahun ini Sheila On 7 sudah 22 tahun, dengan segala pergolakan, dengan segala permasalahannya, mahu yang baik ataupun buruk, saya dan yang lain pasti punya kebaikan dan keburukkan,” ujar Duta dalam laporan DetikHot

Sheila On 7 pun juga menyebut, yang membuat mereka bertahan berada dalam satu band hingga kini adalah kesedaran mereka lebih bererti bagi ramai pendengarnya ketika mereka bersama. Perpaduan dan sentiasa bersama menjadi satu faktor mereka bertahan.

“Kami selama ini sedar bahawa kami lebih diperlukan oleh¬† peminat jika bersama, lebih diperlukan untuk diri sendiri dan orang lain kalau kami bersama,” kata Duta.

Lantas adakah pengalaman berharga yang paling mereka ingat selama 22 tahun bersama ini?

“Banyak sekali, terlalu banyak,” jawab Duta.

Sumber Hotdetik

BACA  Curang Lagi? Aliff Aziz Padam Semua Gambar Isteri Di Instagram
Artikel SebelumnyaImej Berbeza! Koleksi Video 5 Artis Popular Ketika Ujibakat
Artikel Seterusnya‘Persenyawaan In-Vitro Adalah Pilihan Terakhir’- Izzue Islam
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.