Seringkali netizen menyalahgunakan panggilan biduan dan biduanita negara bagi menggelarkan sesetengah artis kesayangan mereka. Untuk anda yang tidak tahu, panggilan ini hanya diberikan kepada artis yang banyak menyumbangkan jasa dan lebih merujuk kepada diva berbanding penyanyi. Anugerah ini diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan dalam sejarah industri hiburan negara hanya 3 artis ini yang telah menerima pengiktirafan tersebut.

1. Tan Sri S.M Salim

Antara penyanyi yang begitu berjaya selain Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Manakan tidak, beliau antara artis yang berjaya merakamkan album dalam masa empat dekad. Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.

BACA  Sejarah Tercipta! Ini 3 Lagu Melayu Yang Pertama Beredar Di Internet

2. Puan Sri Saloma

Biduanita Negara, Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, AMN atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan seorang penyanyi popular sekitar tahun 1950-an hingga awal 1980-an. Saloma telah dianugerahkan gelaran Biduanita Pertama Negara pada tahun 1978 dan gelaran Puan Sri pada tahun 1990 setelah kematiannya kerana suaminya iaitu Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee turut menerima anugerah yang sama.

3. Dato Sharifah Aini

Dato’ Sharifah Aini juga merupakan salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, M.Nasir, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris. Beliau adalah artis wanita kedua yang menerima pengiktirafan tersebut selepas Puan Sri Saloma.

BACA  Sejarah Tercipta! Ini 3 Lagu Melayu Yang Pertama Beredar Di Internet

Siapakah yang akan mengikuti jejak langkah mereka? Dalam ruangan sembangan atas talian, netizen turut hangat membincangkan mengenai anugerah ini dimana penyandang anugerah ini perlu berada dalam industri lebih dari 30 tahun dan memberi sumbangan kepada industri muzik dan sosio budaya sepanjang menjadi penyanyi papan atas negara. Antara nama-nama yang disebut adalah Dato Shake, Dato M.Nasir dan beberapa penyanyi lagenda lain.

Artikel SebelumnyaRita Rudaini Terima Tawaran Jadi Pengacara di TV9
Artikel SeterusnyaKereta Teruk Kena Cat, Caprice Buat Laporan Polis
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress