Pelakon tanah air terkemuka Rita Rudaini muncul sebagai pengacara jemputan. CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah multi-platform di rumah yang terkemuka menyambut Tahun Baru dengan memperkenalkan rancangan waktu primanya ‘WOW Sangat’ buat julung kali.

Rancangan tersebut menampilkan personaliti terkenal, Rita Rudaini sebagai pengacara selebriti jemputan dan bakal disiarkan buat julung kalinya pada 7 Januari 2018, 9.30 malam di TV9. Program baharu ini akan menawarkan promosi dalam talian yang istimewa, di mana pelanggan dapat memperoleh sebanyak 20% Mata Ganjaran WOW sekiranya mereka membuat pesanan melalui laman sesawang CJ WOW SHOP atau aplikasi mudah alih semasa siaran rancangan tersebut sehingga 11.59 malam pada hari yang sama.

BACA  AJL31: 'Hos Terlalu Ramai & Agak Merapu'- Chef Wan

Selain itu, CJ WOW SHOP akan memperkenalkan slot tambahan bagi program utamanya, ‘The WOW Show’. Rancangan tersebut menampilkan Yana Samsudin pada setiap hari Isnin, 1.00 petang di TV3 juga akan disiarkan di slot baru pada setiap hari Khamis, 10.00 pagi bermula dari 11 Januari 2018 di TV9.

WOW Sangat
TV9: Ahad 9.30 malam – 10.00 malam (Bermula dari 7 Januari)
Pengacara: Jimmy Shanley, Nadia Annuar & Rita Rudaini

‘WOW Sangat’ merupakan rancangan siaran langsung yang membawa promosi-promosi eksklusif kepada seisi keluarga. Sertailah Jimmy Shanley, Nadia Annuar dan pengacara selebriti jemputan Rita Rudaini yang berkongsikan barangan terkini dan terlaris di CJ WOW SHOP, di samping memberikan tawaran paling hebat kepada para penonton di rumah.

BACA  Gambar Terkini! Datuk Mahadzir Lokman Menitiskan Air Mata

The WOW Show
TV3: Isnin 1.00 petang – 1.30 petang
TV9: Khamis 10.00 pagi – 11.00 pagi (Bermula dari 11 Januari)
Pengacara: Zaim Helmi, Lilly Liyana & Yana Samsudin

The WOW Show’ anjuran CJ WOW SHOP membawa kepada anda gabungan pengalaman membeli-belah serta hiburan paling hebat yang menonjolkan pelbagai produk terkini dan terlaris di CJ WOW SHOP pada setiap minggu. Nikmatilah setiap episod yang menampilkan demonstrasi beraneka jenis produk oleh Zaim Helmi dan Lilly Liyana secara siaran langsung, serta personaliti terkemuka di tanah air, Yana Samsudin yang tampil sebagai pengacara selebriti jemputan.

Semasa siaran rancangan-rancangan tersebut, pelanggan berpeluang membeli pelbagai produk yang disiarkan di kaca TV melalui panggilan ke talian pelanggan bebas tol di 1-800-18-0808. Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan melayari http://www.cjwowshop.com.my/ atau memuat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP melalui Android atau iOS.

BACA  Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articleTerbaru! Insta-Stories Boleh ‘Link’ Ke WhatsApp Status
Next articleHanya 3 Artis Ini Menerima Pengiktirafan Biduan Dan Biduanita Negara
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.