Tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza (GV4) selepas tujuh minggu ‘bertarung’, penyanyi Syura terkilan apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan orang tua serta keluarganya dalam meluahkan rasa ketidakpuashatian di laman sosial.

View this post on Instagram

Assalammualaikum.. first of all, trima kasih @divagojes17 yg perihatin tentang komen2 netizen terhadap saya .. i is love u la ❤️❤️ kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya .. makilah saya cacilah saya .. tapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya dan dia pun dah tiada kat dunia ni lagi .. jgn babitkan arwah bapa saya dan keluarga saya.. saya mohon sgt 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Dah sampai waktunya untuk sy share .. siapa saya, bagaimana kehidupan saya yg dulu.. apa yg sy buat ketika sy kecil.. Bukan untuk raih simpati .. hanya untuk mempertahankan diri .. jumpe korang di live IG nanti pukul 9mlm .. trima kasih ❤️ #kakakcoolje #senyumkansaja #curhat

A post shared by EGO~New released 🔈 (@syurabadron) on

Menerusi Instagram peribadi Syura, dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin memaki atau mencacinya namun memohon agar tidak melibatkan ahli keluarganya.

“…Kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya .. makilah saya cacilah saya .. tapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya dan dia pun dah tiada kat dunia ni lagi .. jgn babitkan arwah bapa saya dan keluarga saya.. saya mohon sgt”

Syura memuat naik kenyataan tersebut adalah untuk merespon komen seorang netizen yang mendakwa Syura dan seisi keluarga lupa diri sejak bergelar artis. Apa dilakukan oleh Syura bukan untuk meraih simpati semata-mata tetapi sekadar untuk mepertahankan diri daripada segala tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadapnya.

“….Dah sampai waktunya untuk sy share .. siapa saya, bagaimana kehidupan saya yg dulu.. apa yg sy buat ketika sy kecil.. Bukan untuk raih simpati .. hanya untuk mempertahankan diri.”

Hangat Malaysia berharap Syura tabah dan sabar dengan dugaan yang ditimpa dan percaya yang doa orang teraniaya dikabul Allah swt.