Sejak putus cinta dengan Datuk Hans Isaac, 46, yang merupakan pelakon, pengarah, produser serta pengacara tiada lagi kisah cinta serius yang menjadi bualan tentang Neelofa, 28, dengan mana-mana lelaki.

Walaupun masing-masing telah membawa haluan sendiri semenjak berpisah pada tahun 2014 yang lalu, ada desas-desus mengatakan mereka telah kembali menjalinkan hubungan cinta. Betul ke dakwaan ini?

Dari Instagram peribadi Datuk Hans Isaac, Neelofa bertemu dengan Datuk Hans bersama teman-teman lain iaitu Dato @drnickboden serta Datin @elainedaly sewaktu makan malam di restoran di ibu kota. Tetapi foto tersebut hanya Datuk Hans yang memuat naik ke media sosial. Persoalannya mengapakah Neelofa tidak memuat naik gambar mereka bersama?

BACA  Pertama Di Malaysia! Neelofa Jadi Penghias Wajah Edisi Raya Swarovski

Adakah Neelofa ingin merahsiakan sesuatu selepas mereka dipertemukan semula di MeleTOP pada november yang lalu? Seolah-olah mereka tidak berasa janggal keluar bersama selepas sekian lama tidak bertemu.

Hans Isaac juga telah mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan pemenang Miss Tourism International 2012 iaitu Gabriella Robinson, 29, yang sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu, tetapi sehingga hari ini punca keretakan perpisahan mereka tidak diketahui oleh umum.

Dan adakah dengan pembatalan perkahwinan itu dapat membuatkan pintu hati Datuk Hans kembali menerima Neelofa selepas beberapa bulan berstatus solo? Kalau ada jodoh kembali pun apa salahnya, Hangat Malaysia doakan yang baik-baik sahaja. Lagipun mereka berdua sama cantik sama padan, kata orang muka seiras jodoh pun tak jauh, ehhh betul ke?

BACA  Selain Drama Nur, Berikut Senarai Pemenang DFKL 2019