Kekerapan lagu-lagu nyanyian Dayang Nurfaizah, 36, menjadi lagu soundtrack untuk drama mahupun filem menjadi tanda tanya dan dicemuh oleh peminat-peminat Dayang, adakah Dayang hanya berminat merakamkan lagu-lagu soundtrack sahaja?

Perkara ini telah Dayang bangkitkan ketika konsert beliau di pentas berprestij Esplanade Singapura menerusi konsert sulungnya bersempena tahun baru 2018. Dayang mengatakan di konsert bahawa beliau dilabel sebagai DIVA OST (Original Sound Track).

Diantara lagu-lagu yang menjadi soundtrack seperti Di Pintu Syurga (OST drama Ariana Rose), Bisikan Rinduku (OST drama Dahlia), Langit Cinta (OST filem Langit Cinta), Separuh Mati Ku Bercinta (OST drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin), Takdir (OST drama Syurga Yang Kedua), Lelaki Teragung (OST drama 7 Hari Mencintaiku), dan terkini Dia (OST drama Dia).

BACA  Tak Sangka Anak Syurga Popular, Ini Pesanan Erma Fatima Untuk Citra

Rasanya penerbit drama atau filem tidak berasa rugi atau ralat untuk memilih lagu-lagu dari penyanyi yang mendapat jolokan sebagai Beyonce Malaysia yang mempunyai kekuatan vokal yang begitu menakjubkan. Pemilihan lagu-lagu tersebut yang dipilih dapat membantu mempromosikan lagu-lagu tersebut secara tidak langsung.

Hangat Malaysia mendoakan kejayaan kepada Dayang untuk Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung pada Februari 2018 depan, amin.