Selain bintang Hollywood, selebriti Bollywood turut terkenal di beberapa negara asing termasuk Malaysia. Punyai auranya tersendiri, ada di antara mereka menandingi populariti bintang Hollywood sehingga disunting menjadi penghias kulit majalah antarabangsa yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Hangat.com bawakan 10 penampilan selebriti Bollywood hasil perkongsian brilio.net.

1. Shah Rukh Khan, GQ

Populariti Shah Rukh Khan sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Hampir apa sahaja yang dilakukan oleh Raja Bollywood ini bakal membuatkan semua orang terpesona termasuklah kemuncull;anya sebagai penghias majalah GQ India edisi Januari 2017 lalu.

2. Tiger Shroff, GQ

Anak kepada lagenda Bollywood Jacky Shroff membuat kemunculan ‘panas’ pada bulan Mei 2017 dengan kemunculannya di kulit majalah GQ. Dengan penampilan yang menampakkan six-pack nya menjadikan nama Tiger Shroff sebagai salah satu penampilan terbaik sepanjang tahun 2017.

3. Farhan Akhtar, HT Brunch

Cukup dengan menunjukkan wajahnya yang kacak serta badan yang kekar, Farhan Akhtar menjadikan majalah HT Brunch edisi September 2017 laris! Sudah pasti ramai yang tertarik dengan ‘X Factor’ yang dimiliknya.

4. Shraddha Kapoor, Femina

Shraddha Kapoor sering kali tampil sebagai wanita yang ceria, energik dan menawan. Namun, apabila dia menampilkan ‘sisi liar’ nya ramai yang menganggap Shradda sebagai the hottest! Dalam balutan gaun berwarna kelabu gelap serta potongan di paha dan jenjang kaki yang indah, Shraddha tampil memberi kelainan untuk majalah Femina edisi Desember 2017.

5. Jacqueline Fernandez, Elle

Dengan pencapaian yang dimiliknya, Jacqueline Fernandez mengambil alih giliran penghias majalah Elle untuk edisi khas pernikahan November 2017. Jacqueline dilihat sangat menawan dalam gaun pengantin yang begitu chic!

6. Alia Bhatt, Vogue

Alia menghiasi majalah Vogue edisi Februari 2017 dengan penampilan yang sangat memukau! Mengenakan jaket denim dan rambut keriting yang membuatnya tampak sporty. Penampilannya di majalah fashion ternama ini benar-benar memukau semua orang.

7. Ranveer Singh, GQ

Hold your breath! Ranveer Singh kelihatan sangat seksi ketika beraksi dengan latar belakang merah untuk majalah GQ edisi November 2017. Ranveer terlihat mengenakan kaos serba merah. Untuk melengkapi penampilannya itu, Ranveer mengenakan sepasang kasut berwarna merah pula. Janggut khasnya, tatanan rambut sleek dan jam tangan klasik memberikan sentuhan akhir yang begitu sempurna.

8. Deepika Padukone, Maxim

Nama Deepika Padukone begitu menyerlah bagi tahun 2017.Manakan tidak, wataknya sebagai Rani Padmini dalam Padmavati sudah cukup membuat dirinya menerima banyak ancaman. Ketepikan semua itu, kerana Deepika kembali membalasnya dengan cara yang lebih elegan dalam majalah Maxim edisi Jun 2017.

9. Aamir Khan, GQ

Usai Dangal, Aamir Khan melakukan transformasi terbesar dalam kariernya. Ia muncul sebagai versi terbaik dirinya sampai saat ini masih hangat diperkatakan. Si Mr.Perfectionist ini tampil begitu kemas dalam majalah GQ edisi Oktober 2017.

10. Salman Khan dan Katrina Kaif, Vogue

The best chemisty ever seharusnya diberikan pada Salam Khan dan Katrina Kaif. Cukup dengan pakaian yang menampakkannya sebagai low profile, aura yang dimiliki cukup membuktiklan bahawa nama mereka sudah menguasai segalanya.