Berita baik untuk anda yang suka merakam video dan ingin mendapatkan gajet penstabilan vidoe kini DJi telah melancarkan dua gimbal terbaru DJI Osmo Mobile 2 dan Ronin S hari ini.

DJI Osmo Mobile 2 Ditambahbaik

Barbanding dengan modelnya sebelum ini,DJI Osmo Mobile 2 telah ditambah baik dimana Osmo Mobile 2 dapat menstabilkan telefon pintar dalam posisi menegak dan juga mendatar berbanding sebelum ini hanya posisi mendatar disokong. Bateri yang disertakan juga dapat bertahan selama 15 jam, 3 kali ganda lebih lama sebelum ini. Menariknya lagi, ianya dijual dalam harga mampu milik,iaitu pada harga $129 (~RM 518) sebuah.

Ronin-S Untuk DSLR

Untuk kamera DSLR pula,DJI Ronin-S juga mempunyai penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Gimbal ini direka untuk kegunaan DSLR dan kamera tanpa-cermin (mirrorless) dan mampu menahan berat sehingga 14 kilogram. Ronin-S dijangka bakal berada di pasaran pada suku kedua 2018 dengan harganya masih lagi menjadi rahsia.

Artikel Sebelumnya10 Selebriti Bollywood Paling ‘Hot’ Di Kulit Majalah Antarabangsa
Artikel SeterusnyaRomantis! 5 Gambar ‘Bersemut’ Awal Ashaari & Scha Alyahya Di Eropah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress