Bagi anda yang masih tidak memuat naik aplikasi Uber di telefon bimbit anda dan akan terbang ke mana – mana destinasi menggunakan AirAsia kelak, ini adalah sesuatu yang menarik untuk anda!

Diskaun Untuk Pengguna Baru

Uber dan AirAsia telah mengumumkan kerjasama mereka dimana selepas ini pengguna Uber boleh menempah kenderaan mereka terlebih awal menerusi pautan link tempahan penerbangan AirAsia. Ini sekaligus akan menjimatkan masa serta tidak perlu membuat anda khuatir dengan ketiadaan mahupun kesesakan permintaan Uber. Bukan itu sahaja, Uber turut mengumumkan diskaun ataupun naik secara percuma buat mereka yang kali pertama memuat naik aplikasi ini. Caranya dengan masukkan kod promosi,’AIRASIA’

BACA  Hampir Tak Kenal! 10 Gambar Terkini Danny X-Factor

Tiada Promosi Akan Datang?

Akan tetapi, berita kurang baik untuk didengar sehingga kini tiada perkhabaran diskaun untuk mereka yang sudah memuat naik aplikasi Uber dan akan menaiki pesawat tambang murah terkenal ini. Mungkin baru sahaja dilancarkan dan akan ada promosi tersebut tidak lama lagi? Sama – sama kita nantikan!

Sumber : Lowyat.net

Komen Anda

Previous articleBeginilah Gaya Rajnikanth ‘Selfie’ Dengan Perdana Menteri Malaysia
Next articleAku Memang Dah Lama Tak Puas Hati Dengan Kau- Najdi UNIC
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress