Seperti dijangka, pasaran Samsung begitu pantas dan tuntas berbanding pesaing terdekatnya Apple. Hari ini menerusi acara CES 2018, Samsung telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan Galaxy S9 secara rasminya pada acara Mobile World Congress Februari 2018.

Pelbagai Ciri Baru Bakal Diperkenalkan

Barang kali kemunculan S9 bakal mencuri perhatian sebagai telefon pintar yang dinantikan ramai sebagai permulaan tahun 2018 dimana peminat peranti ini bakal melihat pelbagai ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan bersama dengannya.

Sebelum ini Note 8 antara yang paling hangat diperkatakan dan pada kemunculan S9 ini pula dijangka tersedia dengan rekaan nirbingkai, sokongan dwi-kamera dan kami tidak menolak kemungkinan besar penggunaan Face mahupun Retian Unlock beserta Animoji bakal diperkenalkan juga. Samsung juga akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka pada tahun hadapan. Semakin canggih!

BACA  Adakah Benar Ini Rekaan Samsung S9 Dan S9+ ?

Sumber : Lowyat.net