Pernikahan artis Laudya Cynthia Bella memang jadi perhatian di Indonesia dan Malaysia. Kini Bella sedang meniti kebahagiaan bersama suaminya Engku Emran.

Aleesya Kembar Chelsea

Perkahwinan terdahulu, Engku Emran dan primadona Malaysia, Erra Fazira telah dikurniakan seorang anak perempuan cantik bernama Engku Aleesya.

Heboh sebelum ini, ada netizen mengatakan Aleesya mirip dengan bintang cantik Indonesia, Chelsea Islan. Sekali pandang memang nampak sama!

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Erra Fazira, dia berpeluang bertemu dengan Chelsea yang berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem terbaru Ayat-ayat Cinta 2.

Erra Fazira telah memuatnaik video di mana Chelsea terlihat memberi ucapan juga kata-kata semangat kepada Aleesya supaya cepat sembuh.

” Hai Aleesya! Semoga cepat sembuh, nanti jumpa Kak Chelsea di Jakarta ya, I Love You”

Dalam video itu, Erra turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh Chelsea dan sangat gembira apabila ramai netizen mengatakan wajah anaknya mirip seperti Aleesya setelah dewasa nanti.

“Subhanallah.. cantik sungguh pelakon drari seberang @ChelseaIslan .. andai ini yang dikatakan wajah mirip Aleesya.. ahhhhh.. tinggi sangat compliment untuk si kecik.. Chelsea ini super gorgeous.. Aleesya muka melayu+cina+india .. si cantik chelsee ni wajah pan asian yang meletop top topppp.. anyway.. tq kakak Chelsea for the wishes.. moga sukses terus ya.. muah muahhh “

View this post on Instagram

When in Paris. #CHANEL ❤️

A post shared by Chelsea Elizabeth Islan (@chelseaislan) on

Bukan saudara  tetapi wajah mereka sungguh mirip sekali. Mudah-mudahan nanti bila Aleesya dewasa sama cantik dan berbakat seperti Chelsea Islan.

 

BACA  5 Perkahwinan Selebriti Wanita Paling Glamour 2017