Ketika ramai yang terkejut dengan penangkapan atas Datuk Farid Kamil tengahari tadi(Khamis), Farid yang baru sahaja menerima penganugerahan Datuk telah ditahan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din .

Tampar Anggota Polis Dan Tendang Orang Awam

Menurut Mohd Zani, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hangat.com difahamkan Farid telah datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya.

Dan tidak lama kemudian, pelakon itu secara tiba-tiba telah menampar muka anggota yang menerima aduannya. Malah orang awam yang berada disitu turut disepak oleh Farid sebelum dia ditahan polis.

“Setakat ini, kita menahan pelakon itu untuk membantu siasatan. Sekiranya siasatan tidak lengkap, kita akan reman beliau esok pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini”

BACA  Kes Farid Kamil : Taj Innuendo Dan Osh Bakal Ambil Tindakan