Mona Fandey Masih ‘Bernafas’ Dalam Hidup Selebriti Ini

Kami percaya, anda pasti pernah melihat berita di TV di mana artis ditahan polis kemudian artis tersebut terpaksa turun naik mahkamah sambil tangan digari untuk dibicarakan.

Sebenarnya, kes sebegini membuatkan penulis terbayang kes yang berlaku pada Mona Fandey suatu ketika dahulu. Dia sentiasa diingati sebagai seorang penjenayah yang sering tampil anggun dan bertukar-tukar fesyen ketika dibicarakan di Mahkamah.

Nampaknya senario ini seperti masih terjadi dikalangan artis tempatan namun kesalahan dan hukuman yang berbeza.

Pembuka tahun 2018 seolah-olah tidak seindah yang disangka. Kesilapan yang dilakukan oleh sebilangan selebriti tanahair sampai di tahan polis masih berlaku sejak akhir-akhir ini.

Jika mereka bukan selebriti mungkin tidak menjadi isu yang tular di media sosial tetapi mereka dari golongan yang dikenali malah mempunyai jumpa pengikut yang ramai di media sosial. Adakah ia contoh yang baik untuk pelapis dalam dunia hiburan akan datang?

Mona Fandey Mati Di Tali Gantung

Mona Fandey merupakan salah seorang penyanyi popular, bomoh dan pembunuh yang terkenal di Malaysia. Mona telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Ada desas-desus mendakwa Mona tidak bersalah kerana dia hanya mangsa keadaan dan bukan pembunuh.

Ketika dia masih hidup, perbicaraan kesnya di Mahkamah seolah-olah seperti tiada noktah dan sering mendapat liputan media sehinggakan dia menjadi lebih popular sebagai penjenayah dari sebagai seorang penyanyi.

Mona memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk, Diana I pada tahun 1987 dan terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu Ini”.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradisional. Kes jenayah melibatkan artis seolah-olah menerima sumpahan dari Mona Fendy. Dari tahun ke tahun ada sahaja artis tempatan yang ditahan polis atas kesalahan yang berat.

Benjy Hampir Ke Tali Gantung

Benjy seolah-olah telah mengikut jejak Mona Fendy kerana sudah bertahun-tahun riwayat hidupnya diselubungi kes perbicaraan di Mahkamah. Keluar masuk mahkamah sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya namun dia tidak pernah serik melakukan kesalahan yang sama.

Terbaru pelakon dengan nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Adakah Benjy tidak merasa takut sekiranya dia akan menimpa nasib yang sama seperti Mona Fendy?

Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung

Kes jenayah melibatkan artis seperti berterusan, kali ini terjadi pada pelakon baru Aidil Aziz. Dia yang telah ditahan untuk siasatan selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000.

Kes Aidil membuatkan ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya. Adakah golongan artis ini terlalu tertekan dengan bebanan kerja hingga terpaksa mengambil bahan terlarang seperti ganja.

Menerusi Media Hiburan, rata-rata peminat Aidil juga melahirkan rasa bersyukur dan lega apabila pelakon kesayangan mereka ini terlepas dari tali gantung.

Peminat mana yang tak kecewa jika idola mereka menunjukkan contoh baik pada orang ramai lagi-lagi melibatkan kesalahan menyalahgunakan dadah.

Ikut Jejak Ditahan Polis

Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan penahanan seorang selebriti yang baru bergelar Datuk iaitu Farid Kamil kerana cuba mengasari pihak polis dan orang awam. Walaupun kes ini masih lagi dalam siasatan namun sedikit sebanyak ia mempamerkan imej yang kurang elok dalam industri hiburan tanahair.

Datuk Boy Iman

Bukan itu sahaja, pada tahun lepas ramai lagi selebriti yang ditahan polis, antaranya Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Aliff Aziz

Tak terkecuali, kontroversi pelakon dari Singapura, Aliff Aziz yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes dia dipercayai memukul isterinya di sebuah pusat hiburan.

Tidak Belajar Dari Kesilapan

Adakah peristiwa pahit dan ngeri berlaku pada Mona Fendy akan berulang pada masa akan datang.  Tak mustahil akan terjadi, sebilangan artis tempatan seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara malah ada yang masih melakukan kesalahan yang sama.