Seperti yang dimuatnaik berita terkini mengenai Datuk Farid Kamil semalam di Facebook Hangat.com, polis telah mengesahkan bahawa pelakon itu disahkan positif dadah jenis ganja selepas menjalani ujian air kencing.

Laporan Polis Tersebar, Ramai Yang Tidak Percaya

Khabar berita itu ternyata mengejutkan ramai peminat terutamanya kaum keluarga kerana Farid yang dikenali bukanlah sedemikian rupa. Malah ketika ramai yang ingin ketahui apakah punca sebenar yang berlaku, satu laporan polis mengenai kejadian semalam mula tular di media sosial bagi mendapatkan fakta bukti yang sahih.

Laporan Dua Kes Berlainan

Kami difahamkan menurut laporan tersebut, seorang lelaki telah terjumpa Farid dalam keadaan tidak berbaju di dalam hujan serta ingin meminta pertolongan untuk membawanya ke balai polis. Kasihan dengan pelakon ini, lelaki tersebut terlebih dahuulu telah membawa Farid ke restoran kawannya bagi meminjam baju untuk diberikan pada Farid. Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh.

BACA  Diana Danielle Naik Angin! Mahu Laporkan Pada KPDNKK

Sehinggalah tibanya mereka di balai polis dimana Farid ingin membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan ketika ditanya anggota petugas, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long dan secara tiba-tiba dia telah menampar lelaki berkenaan serta turut menendang kemaluannya. Bukan itu sahaja, Farid dikatakan turut menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam sebelum dia ditahan.

Instagram Farid Kamil Dibanjiri Komen

Pelbagai komen kecaman dan tidak kurang juga yang meminta keluarga Farid untuk tabah menghadapi ujian ini. Hentaman demi hentaman terus diterima apatah lagi baru – baru ini Farid turut menimbulkan kontroversi berkenaan status yang berbaur politik.

BACA  Chemad Dapat Pujian! Farid Kamil Tak Jangka Anak Boleh Berlakon

Isterinya, Diana Danielle akui terkejut dengan berita penahanan tersebut serta enggan mengulas lanjut. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Farid berbuat demikian? Sudah pasti 1 Malaysia ingin tahu penjelasan lanjut pelakon popular ini.

Komen Anda

Previous articleKerana 5 Fakta Ini, Nama Amy Mastura Jadi Sebutan
Next articleSharifah Shahirah & Ijoy Kehilangan 2 Orang Tersayang Dalam Seminggu
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress