Disebalik kemelut 3 penjuru yang melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri dan Ustaz Ahmad Husam, muncul pula Caprice yang menjadi ‘orang tengah’ dalam isu Aliff yang menampakkan dia seperti riak baru-baru ini.

Caprice Tidak Sokong Mana-Mana

Isu tersebut mendapat reaksi daripada penyanyi rap Caprice dimana padanya kedua – dua invididu ini mempunyai kekurangan masing-masing. Bukanlah untuk menyokong Aliff, namun Caprice menganggap tindakan Ustaz Ahmad Husam seperti tidak wajar kerana menyamakan usahawan tersebut dengan Firaun.

🤝

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Menyedari akan hal tersebut, Ustaz Ahmad Husam berkata, dia tidak menyimpan dendam pada penyanyi tersebut malah turut menjelaskan isu gambar kereta mewah yang dimuatnaik di media sosial bukanlah miliknya sebaliknya ianya kepunyaan bapa beliau.

BACA  Celine Dion Tolak Malaysia Buat Konsert Sebab Budaya Kita Indah

Tujuan Ustaz Ahmad Husam memuat naik gambar tersebut adalah bagi mengelakkan salah faham yang akan terjadi.

Caprice Dermakan Duit Pada Yayasan Milik Ustaz Ahmad Husam

Dalam perkembangan lain, Caprice turut menjelaskan bahawa dia tidak memusuhi mana-mana pihak malah dia turut mendermakan sejumlah wang kepada Yayasan Ar Riyaadah milik Ustaz Ahmad Husam yang ingin membantu umat islam pada masa akan datang.

Caprice menerusi Instagramnya turut mengajak peminatnya untuk menyumbang derma kepada yayasan ini selain turut mennyatakan sebagai manusia biasa, tiada siapa akan lari dari melakukan kesilapan. Respect!

1
like
love
haha
wow
sad
angry