Lagu Gerimis di Lautan nyanyian Datuk Sudirman Haji Arsyad mungkin anda pernah dengar, namun pencipta lagu ini jarang-jarang kita tahu.

Selain Sudirman beliau banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainudin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, Alleycat, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Komposer lagenda dan penulis lagu Datuk Ooi Eow Jin memerlukan bantuan anda. Beliau antara komposer yang tersohor di Malaysia ini telah menderita Penyakit Alzheimer sejak tahun 2015 dan berada di rumah penjagaan di Petaling Jaya.

Kredit Foto: Star

Menurut laporan dari NST Online, keadaan pemuzik ini yang berusia 80 tahun telah merosot, memaksa isterinya Datin Elaine Khaw menjual kuih kapit untuk membiayai rawatannya.

“Dia sukar untuk bergerak kerana kakinya lemah dan dia juga menghidapi diabetes dan memerlukan penjagaan yang berterusan,” kata Khaw pada NST.

Khaw, 78, difahamkan telah menjual kuih kapit kepada rakan-rakannya, dan telah menjual lebih daripada 200 tin biskut yang merupakan makanan istimewa Tahun Baru Cina.

BACA  Sama Hebat! Penyanyi Ini Sebenarnya Anak M.Nasir
Kredit Foto: Malay Mail Online

“Kuih kapit berharga RM20 untuk setiap tin dan saya juga menjual  taufu rangup pada RM18 setiap paket.” Bagi setiap satu tin, saya mendapat RM2, “katanya.

 

Rakan-rakan dan jiran, serta bekas rakan sejawat Ooi di RTM dan TV3 mengadakan dua konsert amal pada tahun 2015 untuk mengumpul dana. Manakala pelakon Patrick Teoh juga telah melawat komposer ini dan mendermakan barang keperluan dan wang tunai.

Dalam karier beliau, Ooi banyak menulis  lagu-lagu Melayu dan berkolaborasi dengan penghibur seperti Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sudirman Arshad, selain mengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM).

BACA  Sama Hebat! Penyanyi Ini Sebenarnya Anak M.Nasir

Kerja terakhirnya ialah bermain piano untuk tetamu di Majestic Hotel. Dia menghabiskan lima tahun di sana, sehingga penyakit itu memaksa dia berhenti bermain pada tahun 2015.

Orang ramai boleh membantu Khaw dengan menyalurkan wang terus ke bank atas nama Khaw Lean Lee di Akaun Maybank 1626 8302 3797.

Sumber NST Online

like
love
haha
wow
sad
angry